Skip to main content

Mudahnya Bahasa Inggeris



"the purpose of education is to replace an empty mind to an open one"

 -malcolm forbes


as an english teacher I understand the dilemma that my colleages have to face. Macam mana nak menarik minat pelajar di dalam kelas bahasa inggeris?


apabila belajar bahasa inggeris, ada beberapa perkara yang harus dititik beratkan. belajar bahasa adalah suatu prosess yang perlu didalami dalam jangka masa yang panjang tetapi ia bukanlah susah. kuncinya ialah guru harus menarik minat pelajar di dalam kelas.

tips yang saya akan beri boleh juga dipraktikkan oleh ibu bapa di rumah.

TIPS: 


1. tanamkan dalam kepala sebelum memasuki kelas atau sebelum berinteraksi dengan pelajar bahwa bahasa inggeris adalah mudah dan penggunaan bahasa inggeris bukan setakat di dalam kelas khas untuk subjek bahasa inggeris.

saya bagi contoh: pernah sebelum saya masuk ke dalam kelas, saya telah membuat persiapan sepenuhnya untuk mengajar satu topic grammar yang mana bagi saya tajuk dia sedikit susah untuk sebahagian anak-anak murid saya. saya masih ingat bersungguh-sungguh saya mengajar topik tersebut tetapi sebahagian mereka masih tidak dapat mengaplikasikan konsep grammar yang telah diajar dengan betul. Apabila saya meneliti semula cara pengajaran saya, baru saya sedar silap saya rupanya sebelum memulakan kelas saya telah memberitahu kpd anak-anak murid saya bahawa mereka perlu betul-betul fokus untuk kelas hari itu kerana topiknya agak SUSAH! terus hati saya remuk kerana kesilapan saya. saya tidak berniat untuk menakutkan mereka tetapi oleh kerana kata-kata saya itu membuatkan mereka seperti ada 'mental block'. saya sedar sepatutnya saya tidak seharusnya mengatakan bahawa ia topik yang susah. Saya perlu sentiasa bersangka baik. Saya seharusnya mengatakan begini " ok students please give your full attention in my class because today we're going to have some fun with grammar! :)" 

2. kemudian saya cuba lagi mengajar topik yang sama tetapi menggunakan cara yang berlainan. saya "incorporate" game dalam cara pembelajaran saya. Alhamdulillah apabila anak-anak murid saya bukan berada dalam suasana pembelajaran yang formal, hampir 90% faham dan dapat mengaplikasikan konsep grammar dan bukan itu sahaja mereka juga lebih mudah menghafal vocabulary baru dan dapat memperbaiki struktur ayat mereka. dan jangan terkejut jika saya katakan kelas itu jugalah yang mereka akan ingat sehingga akhir tahun! please just try :)

3. mengajar menggunakan "mind map" juga merupakan salah satu cara yang berkesan di dalam dan di luar kelas.

4. kita juga perlu memberi kesedaran kepada anak-anak murid kita kenapa mereka perlu belajar bahasa inggeris. Mula sahaja sesi persekolahan saya sudah menyuruh anak-anak murid saya membuat "self-realization" akan kenapa mereka perlu belajar dan mahir berbahasa inggeris. Cubalah anda menanya anak-anak anda. Pasti banyak jawapan-jawapan kreatif dan juga saya kira jawapan standard diberikan oleh mereka. daripada situ, sebagai guru/ibu bapa kita dapat mengenal cara pemikiran mereka dan ini dapat memperbaiki dan mengukuhkan hubungan dengan mereka.

Insya Allah saya akan share macam mana cara saya mengajar di dalam kelas bahasa inggeris dan contoh-contoh game yang boleh diaplikasikan.

Boleh follow ig saya @athirah_bah

Comments

Popular posts from this blog

TEKNIK MUDAH MEMBINA AYAT DENGAN BETUL -SVOMPT

Never say "I can't, always say "I'll TRY" Masalah: Ramai ibu bapa dan guru-guru mengeluh kerana anak/ anak murid mereka tidak pandai menyusun ayat atau membina ayat di dalam bahasa inggeris. Ada orang percaya bahawa kemahiran membina ayat yang boleh difahami dan tidak tunggang terbalik hanya boleh dikecapi oleh mereka yang rajin membaca. Tanggapan ini adalah tidak berapa tepat. Saya akui dahulu saya juga berpendapat sebegini yang mana saya selalu menekan anak murid saya untuk membaca bahan bacaan Bahasa Inggeris setiap hari. Walaubagaimanapun proses bagi memperbaiki kemahiran dalam membina ayat dengan cara ini memerlukan masa yang sangat panjang. Bagaimana pula dengan pelajar-pelajar yang akan menghadapi peperiksaan dalam masa terdekat? Adakah tiada cara pintas bagi mereka untuk mahir? Pengenalan/Penyelesaian: Apabila membina ayat di dalam bahasa inggeris, ada satu teknik pintas yang kita perlu belajar: Iaitu teknik SVOMPT .           ...

JANGAN PUTUS ASA DALAM BERDOA

one small positive thought in the morning, can change your day  Apabila berdoa, satu perkara utama yang kita perlu betul-betul realize adalah keyakinan kita pada Allah. Allah itu Al-Mujib (Maha Memperkenankan). Saya begitu terpana dengan Saidina Umar yang mengatakan tidak ada isu doanya akan dimakbulkan atau tidak tetapi dia takut dia sendiri tidak berusaha untuk berdoa atau doanya tidak ikhlas.              Daripada Saidina Umar kita dapat perhatikan bahawa apabila ibadah doa dilakukan oleh kita orang yang beriman, seharusnya kita betul-betul kenal Rabb kita. Kenal Allah dengan sifat-sifatNYa, Ya Mujib (Maha Memperkenan), Ya Qarib (Maha Dekat). Segala yang ada di langit dan bumi adalah milik Allah.  Jadi tiada keraguan bagi Allah untuk memberi apa yang kita minta! Jangan sesekali kita ragu-ragu akan keupayaan Allah memberi apa yang kita minta. Sedarlah wahai diri, engkau adalah hamba yang dicipta oleh Al-Wadud yang menyayang...