Skip to main content

TEKNIK MUDAH MEMBINA AYAT DENGAN BETUL -SVOMPT


Never say "I can't, always say "I'll TRY"



Masalah:

Ramai ibu bapa dan guru-guru mengeluh kerana anak/ anak murid mereka tidak pandai menyusun ayat atau membina ayat di dalam bahasa inggeris. Ada orang percaya bahawa kemahiran membina ayat yang boleh difahami dan tidak tunggang terbalik hanya boleh dikecapi oleh mereka yang rajin membaca. Tanggapan ini adalah tidak berapa tepat. Saya akui dahulu saya juga berpendapat sebegini yang mana saya selalu menekan anak murid saya untuk membaca bahan bacaan Bahasa Inggeris setiap hari. Walaubagaimanapun proses bagi memperbaiki kemahiran dalam membina ayat dengan cara ini memerlukan masa yang sangat panjang. Bagaimana pula dengan pelajar-pelajar yang akan menghadapi peperiksaan dalam masa terdekat? Adakah tiada cara pintas bagi mereka untuk mahir?


Pengenalan/Penyelesaian:
Apabila membina ayat di dalam bahasa inggeris, ada satu teknik pintas yang kita perlu belajar: Iaitu teknik SVOMPT .                                 

Apa itu SVOMPT ?? SVOMPT merupakan singkatan bagi 'word order' (turutan perkataan) yang digunakan dalam pembinaan ayat oleh orang putih. saya ada membaca,mengikut satu teori orang putih pada zaman dahulu terlalu malas untuk membina ayat. mereka memperkenalkan konsep SVOMPT dimana ayat perlu dimulakan dengan SUBJECT , VERB, OBJECT,adverb of MANNER, adverb of PLACE dan diakhiri dengan adverb of TIME . Jadi marilah kita membina ayat mengikut orang zaman primitif! Hehe


ok on serious note, Cuba bayangkan apabila anak-anak anda dapat mengenal perbezaan antara semua parts of speech ini dan mempunyai kosa kata yang mencukupi, pastilah mudah bagi mereka untuk membina ayat dengan betul!

Ok saya beri satu contoh & penjelasan mudah supaya senang menggunakan teknik ini:

(orang/benda)  (perbuatan)  (benda/org)    (kata sifat bagi perbuatan)   (tempat)      (masa) 
SUBJECT  /      VERB    /    OBJECT   / advrb of MANNER /  advb of PLACE/ ad of TIME

    ↓                        ↓                  ↓                              ↓                               ↓                                 ↓


Ahmad          is playing      football                 poorly                    at the school field       now

=Ahmad is playing football poorly at the school field now.

Boleh juga membina ayat sebegini:



They     /      learnt       /        English      /        enthusiastically      /       in the class       /     yesterday. 

= They learnt English enthusiastically in the class yesterday.


Penting: Teknik SVOMPT bukanlah merupakan 'hard and fast rule' dalam membina ayat. Ada cara susunan lain dalam membina ayat dalam bahasa inggeris. Tetapi apabila pelajar menggunakan teknik ini apabila membuat ayat, sangat susah untuk mereka salah. :)


Saya beri dua lagi contoh:


She /      studies        /        -              /                a   lot           /           -             / before an exam. 

= She studies a lot before an exam.


My father   /   listens / to the music /              -                     / in his bedroom.   /         -

=My father listens to the music in his bedroom.


Bagaimana cara saya mengajar anak-anak murid saya menggunakan teknik ini? Insya Allah cara saya akan ajar nanti boleh digunakan di rumah dan di sekolah.

Saya akan kongsikan dalam entri akan datang. Saya mahu membaca komen-komen anda. Apa pendapat guru-guru/ ibu bapa dan pelajar sendiri tentang teknik ini? Marilah berkongsi :)

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Mudahnya Bahasa Inggeris

"the purpose of education is to replace an empty mind to an open one"  -malcolm forbes as an english teacher I understand the dilemma that my colleages have to face. Macam mana nak menarik minat pelajar di dalam kelas bahasa inggeris? apabila belajar bahasa inggeris, ada beberapa perkara yang harus dititik beratkan. belajar bahasa adalah suatu prosess yang perlu didalami dalam jangka masa yang panjang tetapi ia bukanlah susah. kuncinya ialah guru harus menarik minat pelajar di dalam kelas. tips yang saya akan beri boleh juga dipraktikkan oleh ibu bapa di rumah. TIPS:  1. tanamkan dalam kepala sebelum memasuki kelas atau sebelum berinteraksi dengan pelajar bahwa bahasa inggeris adalah mudah dan penggunaan bahasa inggeris bukan setakat di dalam kelas khas untuk subjek bahasa inggeris. saya bagi contoh: pernah sebelum saya masuk ke dalam kelas, saya telah membuat persiapan sepenuhnya untuk mengajar satu topic grammar yang mana bagi saya tajuk dia sedikit susah...

JANGAN PUTUS ASA DALAM BERDOA

one small positive thought in the morning, can change your day  Apabila berdoa, satu perkara utama yang kita perlu betul-betul realize adalah keyakinan kita pada Allah. Allah itu Al-Mujib (Maha Memperkenankan). Saya begitu terpana dengan Saidina Umar yang mengatakan tidak ada isu doanya akan dimakbulkan atau tidak tetapi dia takut dia sendiri tidak berusaha untuk berdoa atau doanya tidak ikhlas.              Daripada Saidina Umar kita dapat perhatikan bahawa apabila ibadah doa dilakukan oleh kita orang yang beriman, seharusnya kita betul-betul kenal Rabb kita. Kenal Allah dengan sifat-sifatNYa, Ya Mujib (Maha Memperkenan), Ya Qarib (Maha Dekat). Segala yang ada di langit dan bumi adalah milik Allah.  Jadi tiada keraguan bagi Allah untuk memberi apa yang kita minta! Jangan sesekali kita ragu-ragu akan keupayaan Allah memberi apa yang kita minta. Sedarlah wahai diri, engkau adalah hamba yang dicipta oleh Al-Wadud yang menyayang...