"oh my heart, there is another way to love. do not love the gift for what the gift is. LOVE the gift for WHO it came from" -yasmin mogahed-
sebagai seorang guru pasti guru-guru lain faham perasaan saya. Jujur saya katakan ini tahun pertama saya mengajar. apabila tiba akhir tahun cuti sekolah bakal bermula....hati saya seolah sering berkata-kata saban hari akhirnya tarikh keramat bakal muncul...hati ini sering rasa sedih apabila melihat muka anak-anak murid yang bakal menempuh alam persekolahan baru.
'rasanya seperti keluarga yang ditinggalkan anak' - jujur itulah perasaan saya mula-mula. susah mahu menerima. ada guru memberitahu dia sehingga 4 tahun berperang dengan perasaannya sendiri.
tapi saya tahu Allah hadirkan saya anak-anak ini bukan sahaja sebagai penyeri hati saya. tp juga sebagai ujian. saya terlupa bahawa disebalik setiap pemberian dan nikmat ada PEMBERINYA yang KEKAL abadi. Yang tidak meninggalkan hambanya. disebalik orang yang Allah hadirkan ada kasih sayangNya dan ada cintaNya kepada hamba.
sebagai guru semestinya kita mahu yang terbaik untuk anak murid kita. redhalah dengan pemergian mereka mencari ilmu. berlapang dadalah wahai guru :)
Comments
Post a Comment